May 06, 2026 - FASSelangor FC akan menerima kunjungan juara Vietnam League 1 (V.League 1) 2024/25, Nam Dinh FC bagi perlawanan Separuh Akhir pertama saingan ACC Shopee Cup™ pada jam 9 malam ini.
Pasukan berjaya layak ke Separuh Akhir saingan ACC Shopee Cup™ selepas menduduki tempat kedua Kumpulan A, daripada lima perlawanan; mencatatkan dua menang dan tiga seri, berkongsi sembilan mata bersama juara edisi pertama kejohanan, Buriram United F.C sebelum dipisahkan dengan perbezaan jaringan. Berikut adalah keputusan perlawanan skuad Gergasi Merah dalam Kumpulan A:-
- Buriram United FC (1-1) Selangor FC
- Selangor FC (4-2) Tampines Rovers
- Dynamic Herb Cebu (1-1) Selangor FC
- Selangor FC (2-0) Cong An Ha Noi FC
- Selangor FC (1-1) BG Pathum United FC
Menurut Kim Pan-gon, Ketua Jurulatih Selangor FC, pasukan telah membuat persiapan yang bagi menentang Nam Dinh FC dan mahu membuktikan kelab di Malaysia juga mampu berikan saingan kepada mereka.
“Persiapan berjalan dengan sangat baik, dan para pemain kini yakin, cergas serta bersedia sepenuhnya untuk perlawanan pada malam ini. Sebaik sahaja tamat aksi minggu lalu, pasukan terus membuat persiapan dari segi pemulihan dan perancangan bagi menentang Nam Dinh FC. Perlawanan ini semestinya penting untuk pasukan dan juga kelab. Saya yakin pasukan sepenuhnya bersedia untuk menentang mereka,” jelas Kim Pan-gon berkenaan persediaan pasukan.
“Kami tahu Nam Dinh adalah lawan yang kuat dari Vietnam dan kami menjangkakan mereka akan membuat serangan demi serangan dari pelbagai arah. Kita akan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang baik sebelum perlawanan timbal balik kedua, terutamanya di laman kita sendiri. Dalam masa yang sama, kita mahu menunjukkan bahawa kelab Malaysia juga cukup kuat untuk bersaing dengan pasukan dari Vietnam dan negara-negara teratas di Asia, sambil memberikan perlawanan yang menarik kepada para penyokong,” harapan beliau.
Pihak pengurusan Selangor FC berharap penyokong Gergasi Merah dapat datang beramai-ramai menggemakan Stadium MBPJ, Kelana Jaya dengan sorakan serta semangat anda malam ini untuk pasukan. Beli tiket sekarang di sini. Jumpa anda di stadium, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!